Inovasi media teknologi dalam Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual


Pendidikan Seni Visual  merupakan bidang yang sangat penting dalam pembangunan kurikulum dan sewajarnya sentiasa diberi perhatian dalam usaha membangunkan negara.  Pembangunan insan akan menjadi tidak seimbang jika mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang wajib dalam kurikulum di Malaysia terabai.  Pendidikan Seni Visual di Malaysia yang berteraskan kepada pembangunan insan seimbang dapat dilihat daripada kerangka konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertunjangkan aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan estetik.  Berhadapan dengan tujuan pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan kebangsaan, tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual  menjadi sangat penting.  Guru Pendidikan Seni Visual perlu bijaksana dalam melakukan revolusi pemikiran dan pembudayaan ke arah paradigma ilmu yang menyeluruh berasaskan konsep kesepaduan dalam memanusiakan manusia.  Tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual adalah berkait rapat dengan konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berperanan dalam membangunkan aspek estetik, emosi, jasmani, intelek dan rohani.

Pendekatan pendidikan yang kreatif  dan inovatif  merupakan wahana dalam usaha membangunkan generasi alaf  baru yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang.  Penyelidikan ini akan memberi fokus kepada pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Seni Visual berbantukan penggunaan  media-media teknologi maklumat dan komunikasi.  

Ledakan teknologi TMK memberi cabaran baharu kepada inovasi kaedah dalam kalangan guru-guru Pendidikan Seni Visual  dan sistem pendidikan di sekolah. Inovasi   penggunaan media-media teknologi baharu seperti  komputer, internet, peralatan  digital dan sebagai.  Selain daripada peralatan digital yang ada,  internet juga sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pembelajaran dan pengajaran.    Penggunaan media-media TMK mempunyai hubungan dengan pelbagai kecerdasan yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional.  Kecekapan dan dan kemahiran menguasai media teknologi maklumat dan komunikasi  dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang sering dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi.

Media teknologi maklumat dan komunikasi merupakan inovasi baharu  meningkatkan mutu hasil karya pelajar malahan ia boleh dijadikan sebagai teras dalam Pendidikan Seni Visual dalam abad ke-21.  Apabila terlaksana kelak, sumber rujuan utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka.  Guru dianggap sebagai pemudah cara.  Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh media-media TMK seperti internet dan komputer.    Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan media-media digital dalam TMK dalam proses penghasilan karya mereka melalui penerokaan. 

Kemajuan TMK memberi cabaran baharu kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual. Kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mengharungi perubahan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21.  Menerajui bidang pendidikan masa hadapan, setiap warga guru Pendidikan Seni Visual perlu memahirkan diri dengan media-media TMK selain strategi pelaksanaan ilmu pedagogi yang mantap.  Perkembangan persekitaran pendidikan yang semakin kompleks menuntut kemahiran pemikiran tinggi yang dapat diproses dengan mudah menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.  Senario ini turut dialami dan meliputi subjek Pendidikan Seni Visual di dalam penggunaan TMK dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual.

Rusmini Ku Ahmad (2012), melalui integrasi TMK beberapa perubahan dan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.  Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.  Dalam hal ini pelajar menjadi lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Media teknologi maklumat dan komunikasi memberi ruang  kepada pelajar visual  untuk belajar dengan lebih baik.  Gambar, gambarajah, peta konsep, video dan persembahan visual yang pelbagai  merupakan beberapa perkara  yang bekerja dalam ‘toolbox’ Pendidikan Seni Visual.  Peta minda juga dapat digunakan untuk menggambarkan apa yang mereka sedang belajar.  Pelajar boleh membuat, menguruskan peta minda dalam talian dan ia berperanan sebagai alat brainstorming untuk merangka pemikiran.  Secara tidak langsung pelajar visual belajar secara produktif dan cekap.  Pelajar visual cenderung kepada media teknologi yang memaparkan gambar rajah berwarna dan mengedit idea. 

Gaya belajar visual menitikberatkan kepada ketajaman penglihatan.  Mereka melihat  secara visual untuk mengetahui dan memahami sesuatu perkara.  Penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi dalam program seni boleh meningkatkan motivasi dan kreativiti  dalam kalangan guru dan pelajar.  Ia memberi impak yang yang paling berkesan dengan pemilihan dan penggunaan sumber media teknologi maklumat dan komunikasi yang memenuhi keperluan pelajar khusus dalam konteks pembelajaran.  Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru perlu menyokong  pelaksanaan  media teknologi maklumat dan komunikasi  dalam PdP kerana media teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan cara-cara baharu untuk memanipulasi sesuatu sedia ada dan mewujudkan amalan seni baharu. BY SITI HAYATI



Contoh penggunaan media teknologi dalam karya pelajar












Comments

Popular posts from this blog

Teori Herbert Read dan Victor Lowenfeld dalam dimensi psikologi PSV dalam PdP

'Someone Forgotten’ (1999) Oleh Wong Woan Lee: Satu Kritikan Seni (APRESIASI)

"PENGALAMAN PENDIDIKAN SENI MEMBANTU MENINGKAT KREATIVITI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT" BY SITI HAYATI