Bagaimanakah Teori Gagne memberi sumbangan dalam proses PdP PSV di sekolah.
Robert
M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman
dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan
masalah-masalah pendidikan yang lain. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy ), iaitu
bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne
telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya
akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang
lebih awal.
Teori
Gagne ini boleh menyumbangkan idea kepada guru dalam proses PdP terutama di
dalam matapelajaran PSV. Ini kerana,ramai mengatakan PSV merupakan subjek yang
mudah apatah lagi ianya tiada termasuk di dalam peperiksaan UPSR. Namun, apabila PdP berlangsung ramai murid yang
gagal melaksanakan tugasan PSV andainya tidak dibimbing oleh guru dari mudah
kepada susah sepertimana mengikut teori Gagne. Contohnya,murid tahun satu
diminta oleh gurunya melukis poster seorang ibu sedang memberi anaknya makan. Sudah tentu murid tersebut tidak mampu melaksanakan tugasan
tersebut dengan sempurna. Walaupun teori lain mengatakan murid lahir dengan bakatnya
tersendiri, namun pada peringkat tersebut adalah sesuatu yang mustahil baginya
untuk melaksanakannya dengan sempurna.
Oleh itu,jelaslah bahawa teori Gagne daripada mudah kepada susah perlu
diaplikasikan oleh guru supaya guru tidak tersilap dalam memilih aktiviti
semasa PdP iaitu dengan mengambil kira kesesuaian kemampuan murid.
Teori
Gagne yang menekankan mudah kepada susah
ini terbahagi kepada 8 peringkat iaitu pembelajaran isyarat,
pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran pertalian
bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep,pembelajaran hukum dan
akhir sekali pembelajaran penyelesaian masalah.
1)Pembelajaran
isyarat
Ianya
melibatkan pembelajaran seseorang individu terhadap gerak balas sesuatu
isyarat. Ini bermaksud bahawa murid dirangsang oleh guru dan murid bertindak
balas terhadap rangsangan isyarat tersebut. Contohnya semasa P&P PSV, guru
memberikan gambarajah dan murid-murid terus sahaja mengeluarkan pensel warna
untuk mewarna. Ini biasanya bagi murid tahap satu untuk teori Gagne bermula
mudah kepada susah. Namun apabila keesokannya guru menukarkan P&P PSV
kepada tajuk kolaj, guru menunjukkan gambarajah,murid tidak lagi mengeluarkan
warnanya, sebaliknya mengeluarkan kertas warna yang berwarna-warni pula.
Tindakan murid ini berlaku kerana pelaziman tingkah laku.
2)Pembelajaran
gerakbalas
Ini merupakan satu proses peneguhan untuk
member motivasi agar murid terus positif melakukan sesuatu yang positif. Proses
peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak
balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Qaira
menunjukkan hasil kolajnya yang mendapat markah 80%. Ibunya memberi
pujian, “Bagus,
Qaira pandailah,cantik sangat pulak tu. Ibu bangga dengan anak ibu !”. Qaira
akan mengulangi tingkah laku itu lagi (membuat tugasan PSV atau kerja sekolah dengan
bersungguh-sungguh dan baik) untuk
mendapat pujian daripada ibunya.
3)Pembelajaran Rangkaian Motor
Pembelajaran rangkaian motor digunakan
dalam pembelajaran kemahiran seperti PSV, permainan, muzik, elektronik,
mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang
berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Contohnya di bawah tajuk
boneka, setiap bahan untuk membuat daripada mula stokin,dipotong,dijahit
lidah,mata,dan hiasan memerlukan pembelajaran berangkai setiap satu persatu.
Inilah yang dinamakan rangkaian motor.
4)
Pembelajaran Pertalian Bahasa
Ini
pula adalah untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran
bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu
rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
dahulu. Contoh ini mudah dilihat semasa P&P PSV boneka, penceritaan dalam
memegang watak sangat perlu dalam pertalian bahasa. Contohnya watak sang kancil
dengan sang buaya dan sebagainya.
5)Pembelajaran
Diskriminasi
Belajar
membezakan perkara yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untuk memudahkan
proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama,
pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.
Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses
pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak
penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam
ingatan jangka panjang. Contohnya dalam tajuk boneka, apabila murid diminta
membawakan watak penceritaan, jika murid terlupa pada skrip asal, murid boleh
mengenepikannya dan mengolah menggunakan ayat sendiri berdasarkan apa yang
diingati saat itu dan secara tidak langsung berjaya melontarkan idea tersendiri.
6)Pembelajaran
Konsep
Pembentukan konsep bermula dengan
pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep
secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi
dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan
dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang
betul dan tepat. Contohnya seperti konsep penceritaan selepas hasilan boneka,
skrip asal tidak dititikberatkan,sebaliknya konsep utama ialah mesej yang ingin
disampaikan di dalam hasilan boneka tersebut.
7)Pembelajaran
Hukum
Pembelajaran
ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan
generalisasi. Contohnya,setiap hasil tugasan pelajar di dalam P&P PSV, ada
sesuatu ilmu gabungan yang perlu dititipkan iaitu bukan sekadar melihat hasil
lukisan sebagai gambar biasa tanpa erti,namun disebaliknya tersirat seribu
makna yang boleh diinterpritasikan dari segi hukum seni alamnya.
8)Pembelajaran
Penyelesaian Masalah
Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah
dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat
hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan. Contoh bagi maksud ini biasanya
bagi hasil seni berada di tahap paling tinggi seperti poster yang membawa
pelbagai maksud dan tujuan disebalik terhasilnya lakaran poster tersebut
daripada peringkat permulaannya hingga saat terhidangnya hasil itu. BY SITI HAYATI
Comments
Post a Comment