KREATIVITI


Merupakan   suatu proses  berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.

Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.


Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu ide baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan  inovasi  yang tidak ada sebelumnya.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, unik, dan tersendiri. Ia merupakan naluri semulajadi.

Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu pelajar mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap pelajar menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza. Ianya turut dipengarauhi oleh persekitaran, pengalaman dan hubungan sosial dalam masyarakat di sekeliling mereka.

Anda adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda yang menetapkan tahap atau fasa dan menyediakan sesuatu yang menarik akan berlaku. Tempat atau pentas di mana anda bebas untuk melakarkan sesuatu yang menarik, kebolehan kendiri dan merasa selesa untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari tanpa had atau batasan. Persembahan yang diciptakan sendiri berdasar kreativiti anda!
Berdasar kefahaman Teori Gardner (1999), kreativiti  boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:

(a) Pendedahan awal kepada anda untuk bersedia mengambil risiko dan  tidak mudah menyerah kepada kegagalan.

(b) Memberi peluang kepada diri sendiri untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi yang anda minati.

(c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya anda akan mampu berada pada tahap kecemerlangan. Bagaimana ianya dapat dilakukan? Anda sendiri perlu bersedia dengan cabaran semasa dan mempunyai sikap positif untuk berjaya seperti rakan lain.


 (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang bersedia menerima cabaran dan tidak takut kepada kegagalan. Untuk itu anda perlu mencari rakan yang boleh membantu menjadikan anda seorang yang optimis dan yakin diri untuk mencapai kecemerlangan.

(e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat anak-anak yang gemar mencabar autoriti.



Apakah anda seorang yang kreatif atau sebaliknya??? 

Mungkin anda seringkali berfikir bahawa kreativiti hanyalah milik orang yang mempunyai bakat khususnya dalam bidang seni seperti pelukis amnya, penulis, ilmuwan, atau artis.
Hakikatnya bukan seperti itu kerana kreativiti merupakan kemampuan manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang perlu dikembangkan mengikut aras kecerdasan  yang pelbagai.
Setiap orang mampu memiliki kreativiti yang tinggi kerana ianya dapat dikembangkan dan ditingkatkan melalui latihan dan cara penggunaanya.

Untuk menjadi kreatif, anda tidak perlu memiliki IQ atau kecerdasan yang tinggi. Ini adalah kerana kecerdasan sebenarnya berhubungan dengan cara anda bertindak dan bergerak. 

Jika anda bertindak dengan cerdas, maka anda seorang yang cerdas. Kualiti  kegeniusan seseorang dapat diukur melalui tiga perkara iaitu berfikir secara terbuka, fokus dan bijak. Semakin terbuka cara kita berfikir, maka semakin terbuka dan kreatif terhadap ide-ide baru yang membawa kebarangkalian untuk merungkai masalah.

Fikiran yang terbuka dapat menjadikan kita berfikir secara lebih waras dan kreatif dalam menyelesaikan permasalahan. Tidak kira jenis masalah yang dihadapi iaitu pembelajaran, hubungan sosial dengan rakan-rakan atau keluarga yang tidak memahami jiwa remaja seperti anda. 

Anda mempunyai kemampuan untuk fokus dalam persoalan atau permasalahan yang dihadapi. Jadikan diri anda seorang yang sentiasa optimis dalam mengambil sebarang tindakan seterusnya membuat keputusan yang bijaksana.

Anda mempunyai  kemampuan untuk merungkaikan masalah secara sistematik iaitu melihat persoalan yang ada hubungkaitan di antara satu dengan yang lain dan menyelesaikannya mengikut keutamaan.

Bagaimana boleh meningkat kreativiti?
Antara beberapa langkah mudah yang boleh dicuba untuk membolehkan anda meningkatkan kreativiti adalah;

Ubah cara berfikir anda dari negatif ke positif.
Semakin positif cara anda berfikir, anda menjadi semakin yakin diri dan optimis dalam menghadapi permasalahan. Seterusnya anda akan semakin kreatif dalam mencari penyelesaian. Segala permasalahan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. 



Catatkan secara detail mengenai situasi kesulitan yang anda hadapi.
Catatkan segala hal yang berkaitan dengan perkara yang menjadi punca anda tertekan? Apa yang menjadi kegusaran anda sehingga membuat anda berasa tidak tenang? Melalui cara ini anda akan berusaha mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut secara lebih sistematik bermula dari permasalahan yang kecil sehingga kepada yang lebih konflik. 



Selalu bertanya, apa, mengapa dan bagaimana?

Jangan terlalu cepat berpuashati dengan jawapan singkat dari permasalahan anda. Berlatihlah juga untuk menjawab sebuah permasalahan atau pertanyaan dari sudut pandangan yang berbeza.


Batasan permasalahan, buat alternatif penyelesaiannya....



Identifikasi apa saja yang menjadi batasan anda untuk menyelesaikan permasalahan. Kemudian anda harus mencari alternatif-alternatif penyelesaian sesuai dengan batasan yang anda miliki.

Dan akhirnya pilih satu keputusan yang terbaik dari beberapa alternatif penyelesaian yang telah anda buat selepas membuat timbang tara kelebihannya dengan alternatif yang lain.



Bina satu  “back up plan”  
Seandainya keputusan yang anda fikirkan itu adalah yang terbaik  tetapi berlaku disebaliknya, maka anda perlu bersedia dengan Plan B. Ini kerana secara tidak langsung kreativiti anda dijana untuk menjadi seorang yang lebih kreatif dan kreatif dengan perancangan seterusnya.

Sentiasa berlapang dada
Menerima semua tanggung jawab dari keputusan yang telah dibuat secara terbuka dan yakin diri kerana perlu bersedia menerima sebarang risiko akibat keputusan yang telah dibuat.

Tentukan ‘deadline’ untuk memenuhi sasaran



Anda harus menentukan deadline untuk semua tujuan anda. Anda perlu membataskan segala aktiviti yang tidak menyumbang kepada kecemerlangan anda. Anda harus bertindak segera berdasar kepada keutamaan tujuan anda. Semakin anda agresif dalam tindakan maka semakin jelas tujuan anda. Secara tidak langsung anda semakin kreatif dalam mencapai tujuan tersebut. Anda juga mempunyai spritual yang luar biasa untuk tekun belajar. Semakin giat anda belajar, semakin cepat anda dapat mengembangkan keupayaan diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik bagi masa hadapan anda!!!!.

By Siti Hayati Al-Hasani




  

Comments

Popular posts from this blog

Teori Herbert Read dan Victor Lowenfeld dalam dimensi psikologi PSV dalam PdP

'Someone Forgotten’ (1999) Oleh Wong Woan Lee: Satu Kritikan Seni (APRESIASI)

"PENGALAMAN PENDIDIKAN SENI MEMBANTU MENINGKAT KREATIVITI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT" BY SITI HAYATI