SENI BINA ISLAM
Seni bina Islam telah mencapai tahap yang mengagumkan.
Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk
yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada
asas tamadun yang paling utama yang merupakan lambang atau manifestasi daripada
sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan
ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur.
Aspek seni bina Islam yang terpenting
yang harus diperhatikan ialah seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah
meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat diperhatikan
daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara
yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina
masjid. Masjid pertama menjadi lambang kekuatan aqidah, kesatuan dan
perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid
al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulullah s.q.w sebagai pusat tarbiah
(pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang
dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid kemudiannya
dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif
berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan
tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang
dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada
masa yang sama pembangunan fizikal dan kebendaan tidak dipinggirkan. Konsep
penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan
tawadhu', aman dan damai serta kerendahan hati kepada keagungan Allah SWT. Perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan
inovasi artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai
tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan reka bentuk yang
dibuat berdasarkan ajaran al-Quran.
Stail seni bina Islam
melambangkan sifat Allah yang unggul, tidak terbahagi dan tidak terbatas,
menolak bentuk konkrit yang melambangkan ketuhanan. Objek manusia bukan subjek
kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara impak justeru
corak yang banyak digunakan sebagai motif adalah corak geometri juga
unsur-unsur flora. Rekabentuk geometri, berbunga-bunga atau sayuran dibuat
secara berulang dimana menekankan pergerakan dan pengulangan serta
kesinambungan objek.
Dari segi struktur dalaman dan luaran masjid,
beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat
kedudukan imam, ruang berkumpul, tangga dan pilar utama, anjug dan serambi,
mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan
lain-lain lagi. Perkara perkara ini merupakan karektiristik seni bina
masjid yang memperlihatkan keunikannya yang tersendiri berbanding dengan
seni bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan
bentuk-bentuk bulat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan
kelembutan dan kehalusan seolah-olah ia tidak berkesudahan.
By Siti Hayati Al-Hasani
By Siti Hayati Al-Hasani
Comments
Post a Comment