Posts

'Someone Forgotten’ (1999) Oleh Wong Woan Lee: Satu Kritikan Seni (APRESIASI)

Image
Biografi Wong Woan Lee Tidak banyak maklumat yang dapat digali daripada internet atau dari mana-mana sumber bagi pelukis muda ini. Wong Woan Lee merupakan angkatan pelukis wanita masa kini yang mendapat pelajaran formal tentang seni visual. Beliau dilahirkan pada 1970. Beliau mendapat pendidikan formal seni visual pada 1992 di Kuala Lumpur Collage of Art. Berpandukan petikan akhbar New Strait Times, Oktober 1999, Wong Woan Lee telah menyertai Pertandingan Philip Morris Group of Companies Asean Art Awards. Hasil karya beliau, ‘Someone Forgotten’ merupakan pilihan ramai. Analisa Karya ‘Someone Forgotten ‘ Mengikut Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman Aspek Menggambar (Deskripsi) Dalam ‘Someone Forgotten’ Berdasarkan karya ‘Someone Forgotten’ ini, apa yang dapat dilihat buat pertama kalinya ialah konflik hidup seorang tua lelaki, yang pastinya berbangsa Cina. Dari segi pewarnaan, pelukis jelas memilih warna panas iaitu warna kuning dan warna coklat kemerah-m

Inovasi media teknologi dalam Pendidikan Seni Visual Berasaskan Gaya Belajar Visual

Image
Pendidikan Seni Visual   merupakan bidang yang sangat penting dalam pembangunan kurikulum dan sewajarnya sentiasa diberi perhatian dalam usaha membangunkan negara.   Pembangunan insan akan menjadi tidak seimbang jika mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang wajib dalam kurikulum di Malaysia terabai.   Pendidikan Seni Visual di Malaysia yang berteraskan kepada pembangunan insan seimbang dapat dilihat daripada kerangka konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertunjangkan aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan estetik.   Berhadapan dengan tujuan pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan kebangsaan, tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual   menjadi sangat penting.   Guru Pendidikan Seni Visual perlu bijaksana dalam melakukan revolusi pemikiran dan pembudayaan ke arah paradigma ilmu yang menyeluruh berasaskan konsep kesepaduan dalam memanusiakan manusia.   Tanggungjawab guru Pendidikan Seni Visual adalah berkait rapat dengan konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan y

Teori Herbert Read dan Victor Lowenfeld dalam dimensi psikologi PSV dalam PdP

"Guru perlu mengenalpasti kebolehan sendiri sama ada dari sudut kognitifnya mahupun kreativitinya sebelum dianggap mahir dalam profesion perguruannya. Guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi akan melahirkan individu yang kreatif serta mampu mempunyai kesedaran estetika yang tinggi dalam masyarakat." Bincangkan penyataan di atas dengan mengambilkira Teori Herbert Read dan Victor Lowenfeld dalam dimensi psikologi PSV dalam PdP . Kreativiti merupakan kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka

Bagaimanakah Teori Gagne memberi sumbangan dalam proses PdP PSV di sekolah.

Robert M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta telah terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat (hierarchy ), iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal. Teori Gagne ini boleh menyumbangkan idea kepada guru dalam proses PdP terutama di dalam matapelajaran PSV. Ini kerana,ramai mengatakan PSV merupakan subjek yang mudah apatah lagi ianya tiada termasuk di dalam peperiksaan UPSR. Namun, apabila PdP berlangsung ramai murid yang gagal melaksanakan tugasan PSV andainya tidak dibimbing oleh guru dari mudah kepada susah sepertimana mengikut teori Gagne. Contohnya,murid tahun satu dimi

KREATIVITI

Merupakan    suatu proses   berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu inovasi yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu ide baru d