'Someone Forgotten’ (1999) Oleh Wong Woan Lee: Satu Kritikan Seni (APRESIASI)
Biografi Wong Woan Lee Tidak banyak maklumat yang dapat digali daripada internet atau dari mana-mana sumber bagi pelukis muda ini. Wong Woan Lee merupakan angkatan pelukis wanita masa kini yang mendapat pelajaran formal tentang seni visual. Beliau dilahirkan pada 1970. Beliau mendapat pendidikan formal seni visual pada 1992 di Kuala Lumpur Collage of Art. Berpandukan petikan akhbar New Strait Times, Oktober 1999, Wong Woan Lee telah menyertai Pertandingan Philip Morris Group of Companies Asean Art Awards. Hasil karya beliau, ‘Someone Forgotten’ merupakan pilihan ramai. Analisa Karya ‘Someone Forgotten ‘ Mengikut Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman Aspek Menggambar (Deskripsi) Dalam ‘Someone Forgotten’ Berdasarkan karya ‘Someone Forgotten’ ini, apa yang dapat dilihat buat pertama kalinya ialah konflik hidup seorang tua lelaki, yang pastinya berbangsa Cina. Dari segi pewarnaan, pelukis jelas memilih warna panas iaitu warna kuning dan warna coklat kemerah-m